fb fb fb fb fb

Malaysia kongsi kemajuan Pengurangan Risiko Bencana di APMCDRR

Foto facebook Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

MANILA, 15 Oktober- Malaysia berkongsi kemajuan dalam Pengurangan Risiko Bencana (DRR) menerusi Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 pada Persidangan Menteri-Menteri Asia Pasifik Mengenai Pengurangan Risiko Bencana (APMCDRR) di Manila, Filipina.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dasar itu menandakan perubahan penting dalam pengurusan risiko bencana di negara ini.

"Persidangan ini membuka peluang bernilai bagi Malaysia melaksanakan amalan terbaik global, mengguna pakai strategi berkesan dari seluruh rantau Asia Pasifik ke arah memperkukuh kerangka pengurusan bencana.

"Saya juga menekankan komitmen Malaysia dalam penggunaan teknologi terkini seperti Sistem Ramalan Cuaca Berangka (NWP) dan Program Ramalan dan Amaran Banjir Kebangsaan yang membolehkan amaran awal dan persiapan rapi dibuat", katanya di sini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara dalam siri lawatan tiga hari ke Manila bagi menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Asia Pasifik Mengenai Pengurangan Risiko Bencana (APMCDRR).

Jelasnya, Malaysia terus komited mempertingkat kerjasama bagi memperkukuh daya tahan sekaligus membantu negara serantau berdepan dengan bencana.

ROSLINA BINTI DIN