KUALA LUMPUR, 6 November- Nasib rakyat Gaza terus mendapat perhatian. Ia dibuktikan dengan Malaysia komited menumpukan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata Malaysia antara negara pertama diberikan ruang untuk menghantar misi kemanusiaan ini.
"Itu yang saya sebut dalam Parlimen baru ini, apabila Perdana Menteri menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC. Beliau berbincang dengan beberapa pemimpin negara Arab untuk mempermudahkan bantuan masuk...bantuan kemanusiaan yang masuk itu yang menjadi fokus apabila saya membuat jawapan", katanya kepada pemberita RTM.
"Memang benar Perdana Menteri maklumkan kepada Jemaah Menteri beliau bertemu dengan Mohamad bin Salman Mohd bin Zayed, bagaimana pemimpin negara Islam ini boleh membantu koordinasi dari segi misi bantuan ubat-ubatan bekalan air bersih, pakaian.
"Ini semua keutamaan dan harus diusahakan perbincangan membabitkan pembukaan laluan yang selamat", katanya.