fb fb fb fb fb

Malaysia komited perkukuh peranan ASEAN

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Mac- Malaysia kekal komited memperkukuh peranan ASEAN dalam hal ehwal global, memperdalam perkongsian strategik dan memperkukuh kerjasama serantau, di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik.

Perdana Menteri menerusi penulisan beliau dalam ulasan bertajuk "The Global South’s Path to Economic Resilience" yang diterbitkan di laman sesawang Project Syndicate beliau tidak mahu kemerosotan multilateralisme serta peningkatan ketidakpercayaan dalam hubungan antarabangsa diterima sebagai kebiasaan baharu.

Sebaliknya, beliau menggesa tindakan kolektif bagi mempertahankan keamanan dan memastikan orde antarabangsa yang stabil.

Bagi negara seperti Malaysia dan anggota ASEAN lain, kemerosotan kerjasama pelbagai hala serta peningkatan rasa sangsi mewakili satu kenormalan baharu yang berbahaya.

Beliau menegaskan bahawa ASEAN, blok yang merangkumi hampir 690 juta penduduk, perlu memainkan peranan aktif dalam membentuk dasar global dan tidak sekadar menerima keputusan yang dibuat oleh pihak lain selain kekal teguh dalam matlamat dan bertindak dengan penuh yakin.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI