fb fb fb fb fb

Malaysia komited perkukuh kedudukan, peneraju utama pelbagai bidang

Perdana Menteri menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Malaysia (FEM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Malaysia bertekad memperkukuhkan kedudukan geografi sebagai peneraju utama pelbagai bidang, tahun ini.

Ia termasuk tenaga elektik, bakat serta kepelbagaian rantaian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu penting demi memajukan ASEAN terutama dalam bidang grid tenaga di peringkat rantau Asia.

"Pada masa yang sama, Malaysia akan memperhalusi kepakaran dalam bidang minyak dan gas, semikonduktor dan kewangan Islam supaya negara boleh menjadi peneraju pasaran global dalam setiap bidang.

"Sikap berkecuali dan terbuka kepada sebarang kerjasama bakal menjadikan Malaysia sebagai hab semula jadi untuk semua", katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Beliau turut menegaskan, Malaysia perlu bersedia meneroka bidang baharu, sekali gus membina kekuatan menyeluruh demi memastikan negara tidak ketinggalan dalam persaingan global.

Sementara itu, hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab tenaga baharu di rantau ini akan menjadi antara fokus pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, esok.

Datuk Seri Anwar berkata berkata ia merupakan antara pelan kritikal dalam bidang peralihan tenaga.

"Atas ikhtiar Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari bersama Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan kerjasama PETRONAS dan kita harap dalam perbincangan itu akan menjana menjadikan Malaysia khususnya Sarawak sebagai hab tenaga bagi rantau ini", katanya.

Ishiba dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok.

Beberapa perkara lain akan dibincangkan pada pertemuan itu termasuk isu pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.

ROSLINA BINTI DIN