fb fb fb fb fb

Malaysia komited percepat peralihan tenaga bersih- Fadillah

Foto FB Fadillah Yusof

LONDON, 25 Jun- Keadaan mendesak krisis iklim menuntut tindak balas global dan ideologi yang merentasi sempadan .

Justeru, inisiatif mempercepatkan peralihan tenaga bersih adalah penting yang mana Malaysia sepenuhnya komited dalam usaha tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mencapai pelepasan karbon sifar bersih bukan usaha bersendirian tetapi memerlukan usaha semua negara.

Beliau ketika berucap dalam sesi High-Level Dialogue on Coal Phase-Out pada Minggu Tindakan Iklim London 2024 turut berpandangan penting bagi setiap negara memanfaatkan inovatif teknologi, dan memastikan peralihan yang saksama yang tidak meninggalkan sesiapa di belakang.

Katanya, Malaysia yang bercita-cita tinggi dalam memastikan usaha peralihan tenaga tercapai bersama-sama dengan tindakan konkrit seperti platform 'Malaysia Energy Exchange' (ENEGEM).

Tambah Fadillah, Malaysia komited untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050 walaupun negara hanya menyumbang kepada 0.8 peratus daripada pelepasan global.

Negara juga telah mengambil langkah tegas, termasuk dasar yang berani dengan menghentikan pembinaan loji arang batu baharu.

Jelas beliau, Malaysia menyasarkan untuk mengurangkan loji jana kuasa arang batu kepada 50 peratus menjelang 2035 dan menghentikan sepenuhnya menjelang 2044.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM