fb fb fb fb fb

Malaysia keluarkan nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Iran, Jordan, Lubnan & Iraq

FOTO HIASAN

PUTRAJAYA, 14 April- Malaysia sedang memantau rapi perkembangan di Timur Tengah susulan ketegangan terbaharu di antara Iran dan Israel.

Kerajaan juga komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di rantau berkenaan.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata akibat keadaan yang semakin tegang, beberapa negara termasuk Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq telah menutup ruang udara mreka.

"Warganegara Malaysia di negara-negara berkenaan perlu bersedia menghadapi gangguan pada jadual penerbangan dan merancang perjalanan mereka sewajarnya,ā€¯katanya.

Wisma Putra juga menasihatkan rakyat Malaysia di rantau itu supaya sentiasa berwaspada dan mengetahui perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Menurut kenyataan itu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan ketika berada di rantau itu boleh menghubungi kedutaan atau konsulat Malaysia terdekat seperti butiran berikut:

Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran: No 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb atau di talian : +98 21 880724444 atau +98 21 88078606. E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan: No. 5, Hassan Al Kayed street, off Abai street, Abdoun, Amman 11183, Jordan. atau di talian : +962 6590 2400 atau +962 78590 2400. E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan: Lot 170, Saad Zaghloul street, Downtown, Beirut, Lubnan atau di talian : +961 71 380 063 atau +961 7677 2527. E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq: Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi street, Al Jadria, Baghdad, Iraq atau di talian : +964 786 497 0086 atau +964 786 497 0087. E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE