fb fb fb fb fb

Malaysia kekal perjuang isu Palestin

Foto AFP

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Malaysia mengalu-alukan langkah-langkah sementara tambahan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kes konvensyen pencegahan dan hukuman jenayah genosid di Gaza.

Menurut Wisma Putra, ICJ mengarahkan Israel untuk mengambil langkah-langkah menghentikan serangan terhadap Rafah dan berundur dari Gaza.

ICJ juga mengarahkan Israel untuk mengekalkan pembukaan pintu sempadan di Rafah bagi penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

"Israel turut diarah untuk membenarkan mana-mana badan siasatan yang diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjalankan siasatan genosid di Gaza.

"Israel juga perlu melaporkan tindakan yang telah diambil Israel mengenai arahan mahkamah dalam tempoh sebulan.

"Kegagalan Israel untuk mematuhi arahan-arahan berkenaan adalah satu penghinaan terhadap undang-undang antarabangsa," menurut kenyataan itu.

Malaysia kekal komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

Artikel Berkaitan:
Waran tangkap Netanyahu, EU gesa Israel tidak ancam hakim ICC
Israel terus serang Gaza, 12 lagi terbunuh
Tentera Israel mara ke Rafah, teruskan serangan

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM