fb fb fb fb fb

Malaysia kecam serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Palestin

Penduduk Palestin membawa beg tepung dari trak bantuan berhampiran pusat pemeriksaan/REUTERS

KUALA LUMPUR, 2 Mac- Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramal rakyat Palestin yang menunggu bantuan di Nabulsi, Gaza.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, tindakan Israel menyasarkan rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak, bukan sahaja menyalahi undang-undang antarabangsa, tetapi juga pelanggaran terang-terangan temadap langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 26 Januan 2024 dan Konvensyen Genosid 1948.

"Malaysia sekali lagi menggesa supaya gencatan senjata kekal disegerakan bagi menghentikan pembunuhan rakyat Palestin yang tidak berdosa, dan memastikan bantuan kemanusian dapat disalurkan kepada yang memerlukan di Gaza tanpa sekatan.

"Masyarakat antarabangsa pertu menggesa Israel untuk menghentikan kekejaman dan akur terhadap undang-undang antarabangsa. Memandangkan situasi yang semakin meruncing," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu Malaysia berharap masyarakat antarabangsa memenuhi tanggungawab kemanusiaan, etika dan undang-undang untuk mengelakkan kehilangan nyawa yang lebih banyak.

Malaysia tetap berpegang teguh dengan pendiran bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan kepada sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Lebih 100 rakyat Palestin telah terkorban dan sekurang-kurangnya 700 yang lain tercedera susulan darpada serangan tentera Israel pada 29 Februari lalu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI