fb fb fb fb fb

Malaysia kecam serangan Israel, sasar premis diplomatik

FOTO AFP

PUTRAJAYA, 2 April- Malaysia mengecam tindakan Israel yang menyasarkan bangunan kedutaan Iran di ibu negara Syria.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyifatkan serangan seperti ini jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan amalan diplomatik.

Malaysia menyeru agar semua pihak yang terlibat untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan menghormati premis diplomatik sebagai kawasan mutlak bagi sesebuah negara.

Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang terlibat dalam tragedi itu. Malaysia turut mendoakan kesembuhan segera kepada mereka yang tercedera. 

Malaysia turut menggesa penyiasatan menyeluruh terhadap serangan ini yang mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.

Dalam serangan itu, pesawat perang Israel mengebom bangunan tambahan konsulat Iran.

Tujuh pegawai termasuk komander tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dilaporkan terbunuh.

NAZIRATUL BALQIS BINTI AHMAD HAMIDI