fb fb fb fb fb

Malaysia, Jepun rancang bangunkan semula Gaza

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan / RTM

SENAWANG, 23 Januari- Malaysia kini dalam proses rundingan dengan negara Jepun untuk mengadakan satu persidangan untuk memikirkan kaedah bagi mengumpul dan merancang pembangunan semula Gaza.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persidangan itu bakal melibatkan negara yang mempunyai aliran pemikiran yang sama dengan Malaysia.

Kerajaan Malaysia dan Jepun bersama-sama setuju supaya persidangan dapat dilakukan dalam kadar segera berbanding perancangan asal, pada Julai.

"Malaysia telah berurusan berunding dengan Jepun, kita akan adakan satu persidangan iaitu Pledge Conference untuk kita adakan perjumpaan dgn negara-negara sepemikiran dan negara lain untuk urus bagaimana cara kita mengumpu; kewangan dan merancang memulakan pembangunan semula Gaza," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan warga emas dan rumah ibadat sempena Tahun Baharu Cina peringkat Parlimen Rembau di Senawang.

Lebih RM200,000 disampaikan kepada 815 warga emas, rumah ibadat dan badan bukan kerajaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina bagi Parlimen Rembau.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE