fb fb fb fb fb

Malaysia-Jepun bekerjasama laksana program pembangunan semula Gaza

Foto tangkap layar video Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 29 Januari- Kerajaan Malaysia dan Jepun akan bekerjasama untuk melaksanakan program pembangunan semula Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi usaha sama itu, dana melalui kegiatan Asia Timur akan ditubuhkan bagi menyegerakan pelaksanaan program tersebut.

"Alhamdulillah atas usaha kerajaan dan Menteri Luar, kita telah mendapat kepastian supaya disegerakan pelaksanaan program pembangunan semula Gaza dan Palestin.

"Bagi pihak Malaysia, dengan usaha ini dan usaha bersama rakyat serta kolaborasi dengan sektor swasta, Insya-Allah kita akan mulakan dengan pembinaan sebuah sekolah, sebuah rumah sakit, dan sebuah masjid sebagai suatu usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat.

"Mudah-mudahan Allah SWT memelihara kita dan menjamin keselamatan Gaza dan Palestin," katanya menerusi ucapan video yang turut dikongsi di Facebook beliau sendiri.

Ribuan penduduk Palestin mula kembali ke utara Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang berkuat kuasa pada 19 Januari lalu.

Tonton ucapan di sini

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM