KUALA LUMPUR, 4 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa mandat Malaysia untuk menoktahkan keganasan Israel pada Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam tergempar di Riyadh pada 11 November ini.
Beliau menegaskan Malaysia akan memberikan sokongan penuh terhadap aktiviti Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) melaksana khidmat kemanusiaan untuk rakyat negara itu.
"Kita akan memberikan gesaan supaya keputusan keputusan lebih berkesan dan tindakan susulan akan lebih bermakna bagi pembebasan Palestin. Ini termasuklah mengerakkan komuniti khas di Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Israel.
"Malaysia juga akan mengusulkan ke persidangan Arab dan Islam agar sokongan penuh diberikan kepada URNWA dalam menjalankan kerja kerja sosial dan bantuan kepada rakyat Palestin.
"Malaysia berhasrat menggunakan sidang kemuncak ini untuk meraih sokongan negara negara arab dan islam terhadap iktiar tersebut menghalang keputusan parlimen israel yang betujuan melenyapkan UNRWA," katanya dalam sesi penerangan perkembangan terrkini isu israel di Gaza, Lubnan dan Iran di Dewan Rakyat.
Dalam pada itu Malaysia tetap berdiri teguh menentang keganasan terutama melibatkan isu kemanusian, kezaliman serta penjajahan.
Perdana Menteri berkata, sebagai negara bebas serta merdeka, Malaysia tegas dan mempunyai prinsip dan pendiriaan dalam menegakkan keadilan melibatkan penindasan.
Tambah Anwar, Malaysia juga tidak terlepas daripada mengalami kerugiaan ekoran pendirian negara terus berdiri teguh menentang kezaliman rejim Israel.
"Setahun berlalu kenyataan-kenyataan keras telah dilakukan, Malaysia berdepan dengan Presiden Amerika Syarikat, Presiden Jerman, Perdana Menteri Jepun, ini bukan mudah.
"Ia mengambil kira kepnetingan-kepentingan pelaburan, pekerjaan namun isu kemanusian, kezaliman kita tetap berdiri teguh dan berprinsip," katanya lagi.
Malaysia juga telah menyediakan satu draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang mencadangkan agar Israel disingkir sebagai anggota pertubuhan itu sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang, hukum dan keputusan dalam isu membabitkan Palestin.
Perdana Menteri berkata draf resolusi itu sedang dalam proses rundingan dan dijangka akan dibentangkan di Perhimpunan Agung PBB untuk kelulusan dalam masa terdekat.
"Draf resolusi ini dalam proses rundingan dan kita juga mengkaji setelah berlakunya perlanggaran undang-undang hukum dan keputusan PBB supaya Israel dikeluarkan disingkirkan sebagai anggota PBB," katanya.
Anwar turut memaklumkan berkenaan bantuan yang disumbangkan oleh kerajaan bernilai RM25 juta terhadap UNRWA selain mengadakan perbincangan dengan Kementerian Luar bagi keperluan menyegerakan usaha tersebut.
"Kita terpaksa bergantung dengan kerajaan Mesir, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Saya akan mengadakan rundingan pada 10 November ini.
"Mesir memberi laluan khas bantuan Malaysia ke Rafah tetapi dihalang oleh Israel. Bantuan sangat kritikal. Setakat ini kita tiada masalah dengan Mesir, namun ia harus dijadikan strategi terutama negara Arab yang berjiran," katanya.
Semasa sesi berkenaan ahli parlimen parti kerajaan dan pembangkang turut senada dengan Perdana Menteri dalam menghalang pelaksanaan keputusan Parlimen Israel (Knesset) melenyapkan UNRWA.
Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh menyifatkan pendirian Malaysia dalam isu Palestin kekal konsisten untuk memperjuangkan nasib rakyat yang menjadi mangsa keganasan.
"Ini adalah satu pendirian yang sanagat baik, ia memberi gambaran bahawa Malaysia terus komited untuk nasib rakyat dan bumi Palestin.
"Saya yakin bahawa apa yang disebut Perdana Menteri tadi untuk dapat mandat dari dewan, daripada rakyat ke peringklat antarabangsa," katanya.
Ahli Parlimen Sik yang juga wakil pembangkang Ahmad Tarmizi Sulaiman juga menyokong tindakan Perdana Menteri.
"Penindasan kepada rakyat Palestin itu perlu dihentikan segera termasuklah genjatan senjata sepenuhnya.
"Malaysia perlu tegas termasuk memasatikan usaha bantuan kemanusian rakyat Gaza diteruskan," katanya.