fb fb fb fb fb

Malaysia diharap bantu selesai isu pelarian Rohingya

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Ketua Penasihat Kerajaan Republik Rakyat Bangladesh, Prof Dr Muhammad Yunus, menyampaikan kenyataan bersama di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini/Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 12 Ogos - Bangladesh berharap Malaysia dapat memainkan peranan penting dalam membantu menyelesaikan isu pelarian Rohingya, khususnya apabila negara kini adalah Pengerusi ASEAN.

Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Prof Dr. Muhammad Yunus berkata, Malaysia merupakan rakan baik Bangladesh dan mempunyai kedudukan strategik dalam memperjuangkan nasib pelarian tersebut di peringkat serantau.

“Kami memerlukan banyak sokongan dan menantikan bantuan daripada Malaysia, seperti yang anda sebutkan mengenai Rohingya, ini adalah masalah besar bagi kami. Kami sedang mendapatkan bantuan daripada Malaysia, khususnya sebagai Pengerusi ASEAN.

"Kami memerlukan segala bantuan yang boleh kami peroleh, dan Malaysia adalah rakan baik,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Malaysia kerana menerima ramai pekerja dari Bangladesh serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ekonomi kedua-dua negara.

Selain isu Rohingya, kedua-dua pemimpin turut membincangkan peluang pelaburan, kerjasama ekonomi, dan hubungan dua hala yang lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI