fb fb fb fb fb

Malaysia desak PBB ambil tindakan segera

Datuk Seri Mohamad Hasan dan António Gutteres

NEW YORK, 28 September- Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan dua hala bersama Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) António Gutteres.

Dalam pertemuan itu, beliau menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap konflik yang berterusan di Palestin dan Myanmar.

Beliau juga menyeru PBB untuk mempergiat usaha dalam memulihkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, serta isu kemanusiaan yang memberi kesan kepada jutaan orang awam.

Turut dibincangkan ialah usahasama antara Malaysia dan PBB menjelang ASEAN 2025.

Perbincangan selama 30 minit itu diadakan di luar Perhimpunan Agung PBB di New York.

Esok, pukul 2 petang waktu tempatan, Datuk Seri Mohamad akan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyampaikan kenyataan negara dalam sesi debat Perhimpunan Agung.

Malaysia akan menekankan prinsip-prinsip asas yang terkandung dalam piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE