fb fb fb fb fb

'Malaysia Cruise Council' diaktifkan semula - King Sing

Tiong King Sing

KUALA LUMPUR, 3 Julai- Usaha untuk merancakkan industri pelayaran negara terus dipergiat menerusi pelbagai strategi.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata ini termasuk mengaktikan semula 'Malaysia Cruise Council' bagi merangka hala tuju industri berkenaan.

"Antara strategi yang dicadangkan termasuklah mengaktifkan semula 'Malaysia Cruise Council' yang menghubungkan pembuat dasar dengan pemain industri bagi menetapkan hala tuju industri serta mengatasi sebarang halangan yang merencat pembangunan industri kapal persiaran.

"Ini termasuk menambah baik infrastruktur pelabuhan serta penambahbaikan tadbir urus perkastaman, imigresen dan kuarantin," katanya di Dewan Rakyat, di sini bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee yang ingin mengetahui usaha kerajaan dalam merancakkan kembali industri pelayaran di Sandakan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM