fb fb fb fb fb

Malaysia-CPOPC bincang kaedah memperluas maklumat industri sawit

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Kerajaan bersama-sama Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) sedang berbincang kaedah untuk memperjelas serta memperluas maklumat berkenaan industri sawit Malaysia dan Indonesia kepada global.

Menerusi hantaran media sosial, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan beliau telah menerima kunjungan hormat daripada CPOPC.

Pertemuan itu untuk mengukuhkan kerjasama dan mengadakan perbincangan bagi manfaat industri sawit Malaysia dan Indonesia.

Usaha bersama CPOPC itu antara strategi bagi mempromosikan industri sawit Malaysia dan menjadikan minyak sawit sebagai pilihan utama masyarakat dunia.

Malaysia merupakan pengeluar sawit nombor dua terbesar di dunia selepas Indonesia.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM