fb fb fb fb fb

Malaysia-China setuju terokai bidang UAV

Ahmad Zahid menyaksikan majlis menandatangani MoU antara MARA Corporation dan Honeycomb Aerospace Technologies (Beijing) Co. Ltd/Foto FB Ahmad Zahid

SHANGHAI, 11 September - Malaysia-China bersetuju meneroka bidang perniagaan baharu, terutama dalam bidang kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk pasaran serantau.

Ia akan dilaksanakan menerusi pemindahan teknologi, melatih tenaga tempatan dan pemasangan pembuatan UAV di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) seawal bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UAV yang ditawarkan syarikat pembuatan ketiga terbesar di China itu akan memberi manfaat kepada para pelajar khususnya di Institut Teknologi Penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT)

"Tahun hadapan mereka (China) akan melabur RM100 juta di sebuah premis kekal. Selain memindahkan teknologi, mereka juga akan melatiih UniKL dari segi TVET untuk UAV. Tujuan kerjasama bukan untuk pasaran tempatan tapi serantau di luar negara ASEAN", Katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pemeteraian MoU antara Mara Aerospace & Technologies Sdn Bhd dengan Honeycomb Aerospace Technologies (Beijing) Co. Ltd.

Menurut Ahmad Zahid, UAV turut memanfatkan pelajar-pelajar TVET yang terlatih kerana mereka akan menjadi tenaga kerja dalam teknologi yang mampu beroperasi mencecah tiga ribu jam itu.

"Tiap-tiap selepas tiga ribu jam mesti ada penyelenggaraan yang dilakukan. Ini yang memerlukan pelajar-pelajar TVET. Oleh kerana UAV ada permintaan, mereka berani melabur dalam negara kita", katanya.

Tambah beliau, kegunaan UAV bukan hanya terhad dalam sektor keselamatan dan pertahanan, tetapi turut melibatkan sektor pertanian.

Sebagai permulaan UAV akan dilaksanakan di FELCRA.

 

Trainee2