KUALA LUMPUR, 7 Januari – Ketua Kakitangan, Jabatan Kakitangan Bersama, Suruhanjaya Tentera Pusat, Republik Rakyat China, Jeneral Liu Zhenli melakukan kunjungan hormat ke Malaysia bagi memperkukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.
Kunjungan itu disambut oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab. Rahman di Wisma Pertahanan, di sini.
Kunjungan dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) melibatkan 3 pegawai dan 103 anggota oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mej Adibadiuezshah Ahmad.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu keselamatan serantau, pertukaran maklumat ketenteraan, serta membincangkan kerjasama dalam bidang latihan dan operasi bersama.
Jeneral Liu Zhenli turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.