fb fb fb fb fb

Malaysia capai kedudukan pengeksport ke-6 terbesar semikonduktor dunia

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 31 Julai - Malaysia mencapai kedudukan sebagai pengeksport keenam terbesar semikonduktor dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia menyumbang kepada eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) bernilai lebih RM600 bilion pada tahun lalu.

"Momentum ini perlu dioptimumkan melalui pelaksanaan projekFlagship Industri Semikonduktor High Value-High Technology dengan sasaran nilai eksport produk E&E menghampiri RM1 trilion menjelang 2030. Ini melalui beberapa strategi termasuk semikonduktor Nasional", katanya.

"Kejayaan meraih kerjasama strategik dengan ARM Holdings yang bernilai USD250 juta awal tahun ini akan mengangkat Malaysia daripada sekadar hab pengeluaran kepada peneraju dalam aktiviti semikonduktor bernilai tinggi menerusi pemerkasaan harta intelek.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysi ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

ROSLINA BINTI DIN