KUALA LUMPUR, 11 Disember- Malaysia menyuarakan kebimbangan yang dicetuskan oleh mana-mana pihak bagi menjejaskan serta menganggu perjalanan prosiding jenayah terhadap Gonzalo Stampa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, usul yang difailkan pada 4 Disember lalu seakan sandiwara yang cuba diwujudkan dalam pertikaian Sulu.
Perkara itu dilakukan bagi menafikan kedaulatan undang-undang.
"Ianya seakan langkah terdesak dan tidak berasas selain memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia, mahkamah Sepanyol, dan Pendakwa Raya sebelum perbicaraan Stampa. Ia seharusnya dilihat sebagai aktiviti prosedur penipuan tambahan.
"Perkara tersebut bertujuan untuk campur tangan dan menyimpang daripada prosiding jenayah yang sedang berjalan di Sepanyol.
Azalina berkata Stampa menghadapi pertuduhan jenayah berkaitan hina mahkamah dan amalan profesion tanpa kelayakan, serta dia dilaporkan akan dihadapkan ke mahkamah Madrid esok.
Kerajaan Malaysia menghormati mahkamah Spanyol serta keputusannya, dan menyangkal sebarang laporan media yang mencadangkan sebaliknya.
Azalina berkata mahkamah Sepanyol, Perancis dan Belanda mengesahkan kedudukan keseluruhan Malaysia berhubung kes Sulu dan mengenai Anugerah Akhir yang kononnya dikeluarkan oleh Stampa pada 28 Februari 2022.
Mahkamah Tinggi Sepanyol sebelum ini mengisytiharkan pembatalan pelantikan Stampa sebagai penimbang tara dan memerintahkannya untuk menamatkan prosiding, kerana satu-satunya hak beliau untuk bertindak sebagai penimbang tara adalah terbatal.
Stampa yang memperoleh lebih AS$2.5 juta daripada kumpulan mengaku waris Sulu dengan sedar enggan mematuhi perintah tersebut.
Menurut Azalina percubaa warga Filipina itu untuk menguatkuasakan anugerah yang dikatakan dikeluarkan timbang tara Stampa di Perancis dan Belanda juga tidak berjaya sehingga kini.
Perkara itu hasil daripada keputusan mahkamah negara-negara berkenaan.