fb fb fb fb fb

Malaysia-Arab Saudi setuju tingkatkan perdagangan, peluang pelaburan

Dr Majid Al-Kassabi (kiri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju Malaysia dan Arab Saudi untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam meningkatkan perdagangan dua hala serta mengembangkan peluang pelaburan.

Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan dan Pengerusi Pusat Daya Saing Negara Arab Saudi Dr Majid Al-Kassabi serta delegasi di Putrajaya, semalam.

Kedua-dua negara turut bersetuju meningkatkan kerjasama dalam sektor baharu seperti perkhidmatan, teknologi dan inovasi.

"Arab Saudi adalah rakan dagangan Malaysia yang paling penting di Asia Barat.

"Lawatan itu tepat pada masanya dalam mengekalkan momentum hubungan dua hala yang kukuh dan unik melalui kerjasama pragmatik dalam semua bidang, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI