fb fb fb fb fb

Malaysia-Arab Saudi sedia bekerjasama dalam bidang tenaga boleh diperbaharui

Foto Facebook Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 16 Mei- Malaysia bersedia bekerjasama dengan Arab Saudi dalam meneroka potensi kerjasama selain bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tenaga boleh diperbaharui.

Perkara itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi satu hantaran di Facebook berkata, hasrat itu disampaikan semasa pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim di pejabat kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

"Saya menegaskan semula kepentingan Kerajaan Arab Saudi dan mengulangi komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala kami dengan Arab Saudi ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI