fb fb fb fb fb

Malaysia amal dasar neutraliti diplomasi awam, jaga hubungan baik

Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UITM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin

KUALA LUMPUR, 3 November- Malaysia mengamalkan dasar neutraliti diplomasi awam dalam mengekalkan hubungan baik dengan negara besar.

Penganalisis Keselamatan dan Politik Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UITM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata dasar itu mengamalkan pendekatan tidak akan campur tangan dan tidak akan memihak kepada mana-mana negara konflik, selagi ia tidak bertentangan dengan asas kemakmuran.

"Kita antara negara asia, negara yang pertama menjalankan hubungan diplomasi dengan Soviet Union, Rusia dan China untuk memastikan mereka tidak menyokong elemen komunisme di negara kita pada masa dulu. Perkara ini diteruskan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita lihat dalam apa-apa jua isu, Datuk Seri Anwar lantang memperjuangkan isu Palestin. Beliau adalah salah satunya pemimpin yang berani menyelar tindakan Israel dan kegagalan sistem antarabangsa khususnya bawah United Nation (UN) berhubung isu-isu berkepentingan rakyat Palestin di Gaza," kata Dr. Noor Nirwandy dalam program Selamat Pagi Malaysia (SPM).

Tambahnya, Malaysia menunjukkan elemen diplomasi awam yang terbaik dan merupakan pelopor, selaras dengan peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM