fb fb fb fb fb

Malaysia Airlines tambah 124 penerbangan bermula Feb-Mac

Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR, 27 Januari- Malaysia Airlines menambah sebanyak 124 penerbangan domestik dan antarabangsa bermula Februari hingga Mac ini.

Langkah tersebut berikutan permintaan perjalanan yang tinggi sempena Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah.

Sebanyak 12 pesawat juga akan ditambah sepanjang Tahun Baharu Cina untuk penumpang Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang.

Penerbangan berjadual strategik tambahan ketika Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah yang menawarkan pilihan dan kemudahan dipertingkat itu mencerminkan dedikasi Malaysia Airlines untuk memastikan setiap perjalanan lancar.

SITI AISHAH BINTI MD ISA