KUALA LUMPUR, 21 November- Malaysia Airlines melancarkan MH Young Explorers Club sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.
Menerusi kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata, ia merupakan inisiatif baharu yang menawarkan pengalaman eksklusif dan perkhidmatan peribadi kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
Ahmad Luqman Mohd Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) berkata, inisiatif direka selari dengan keperluan kanak-kanak.
Ini termasuk memerlukan penjagaan, perhatian dan kemudahan tambahan.
Ia turut menyediakan layanan istimewa kepada kanak-kanak termasuk keutamaan daftar masuk, keistimewaan menaiki pesawat, menu kanak-kanak khas dan hiburan yang disesuaikan.
Dengan inisiatif tersebut, ia bukan sahaja memperkukuhkan jenamanya tetapi juga menunaikan komitmen untuk menjadi syarikat penerbangan yang mesra keluarga.