fb fb fb fb fb

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan bakal disertai 113 peserta

KUALA LUMPUR, 9 Jun- Seramai 113 peserta bakal menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) tahun ini yang akan berlangsung dari 12 hingga 17 Jun ini.

Selepas dua tahun tidak dapat dianjurkan susulan pandemik COVID-19, penganjuran kali ini akan diadakan di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata penyertaan kali ini disertai 29 peserta mewakili semua negeri yang terdiri daripada 14 Qari dan 15 Qariah termasuk Johan Menunggu Qariah.

"Pada kali ini semua peserta tilawah akan membaca taranum dengan dua jenis lagu dan dia hanya tahu lagu itu pada hari pengundian saja jadi untuk hafazan pula seramai 81 orang akan sertai pertandingan hafazan. Kita ada beberapa kategori, kategori pertama 10 juzuk ada 14 lelaki dan 14 wanita, bagi kategori kedua 20 juzuk ada 14 lelaki dan 14 wanita dan kategori ketiga 30 juzuk ada13 lelaki dan 12 wanita," katanya.


(Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid)

Seramai enam orang hakim baharu dari kalangan hakim pelapis akan dibawa bersama termasuk seorang hakim wanita.

Mereka terdiri daripada kalangan pengamal dan pakar rujuk al-Quran serta Johan-Johan MTHQK yang lalu.

Selain itu buat julung kalinya juga, Sistem eMTHQK akan digunakan bagi urusan penghakiman.

Media Baharu