IPOH, 4 Mei- Kira-kira 10,000 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Santunan Aidilfitri Peringkat Parlimen Tambun bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang RPT Jelapang Baru, Gugusan Manjoi, Ipoh.
Majlis dianjurkan dengan kerjasama pejabat Ahli Parlimen Tambun dan Ahli Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba kira-kira pukul 1.10 tengah hari disambut ADUN Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad.
Turut hadir, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.
Selain menikmati pelbagai juadah, orang ramai turut disajikan dengan persembahan artis tempatan, artis jemputan dan persembahan kebudayaan.
Datuk Seri Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun meluangkan masa 30 minit untuk beramah mesra dengan pengunjung sebelum meninggalkan majlis berkenaan.