
PUTRAJAYA, 8 April – Jemaah menteri telah meneliti dan memutuskan penubuhan Majlis Pengurusan Bencana Negara merangkumi ahli tetap semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier Sarawak.
RINGKASAN BERITA AI
- Majlis ditubuhkan sebagai badan tertinggi bertanggungjawab menyelaras pengurusan bencana dan pengurangan risiko bencana.
- Mesyuarat Majlis akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang diadakan secara berkala.
- Agensi Pengurusan Bencana Negara NADMA ditetapkan sebagai sekretariat Majlis.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata ia ditubuhkan sebagai sebuah badan tertinggi yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan bencana serta pengurangan risiko bencana.
“Majlis tersebut akan diadakan sejurus selepas mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang diadakan secara berkala. Manakala pihak sekretariat bagi Majlis Penguurusan Bencana Negara telah diputuskan sebagai pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global dan Sidang Media Mingguan, hari ini di Putrajaya.