fb fb fb fb fb

Majlis Islam Sarawak santuni 124 keluarga asnaf

Foto RTM

KUCHING, 6 April- Majlis Islam Sarawak dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak memberi sumbangan kepada 124 keluarga asnaf di dua kawasan iaitu Kampung Telaga Air dan Samariang Kuching.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata program itu merupakan acara tahunan yang dilaksanakan oleh Majlis Islam Sarawak di seluruh Sarawak.

Tahun ini dua kawasan itu dipilih sebagai lokasi pemberian sumbangan untuk membantu golongan asnaf meringankan beban persediaan sambutan Hari Aidilfitri yang menjelang tiba.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Santunan dan Ziarah Ramadan di Masjid Kampung Telaga Air ,Kuching hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Datuk Dr Abdul Rahman menasihatkan masyarakat Islam agar bersederhana menyambut Hari Raya Aidilfitri serta mengambil peluang itu untuk mengukuhkan silaturahim.

Turut hadir pada program itu Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD