fb fb fb fb fb

Majlis Daerah Maran laksana Program Bandar Selamat, terima peruntukan RM317,000

MARAN, 10 Jun- Majlis Daerah Maran memperoleh peruntukan sebanyak RM317,000 bagi melaksanakan Program Bandar Selamat (PBS) bagi tahun 2022.

Program bertujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat menerusi usaha mengurangkan kadar jenayah meliputi penyediaan komponen 'Crime Prevention Environmental Design' bersesuaian keselamatan komuniti atau penduduk.

Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Dr Ismail Muttalib berkata turut diperkenal Inisiatif Pemutihan Kawasan 'Blackspot' bagi meningkatkan rasa selamat dalam kalangan orang awam.

“Program Bandar Selamat menerima peruntukan wang sejumlah RM317,000 yang kita berikan kepada Majlis Daerah Maran bagi menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan seperti usaha untuk pastikan bahawa Maran sebuah bandar yang selamat aman tenteram dan sebagainya.

"Ini melibatkan beberapa perkara seperti tangani masalah jenayah, masalah keindahan dan sebagainya," kata Dr Ismail kepada pemberita RTM selepas Majlis Pasca Syawal bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Meraikan Bakal Haji 2022 di Maran.


(Timbalan Menteri KPKT, Datuk Seri Dr Ismail Muttalib)

Tambahnya, inisiatif mula dilaksanakan pada 2013 dan penetapan kawasan 'blackspot' dibuat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan persetujuan Polis Diraja Malaysia dan diperakui Mesyuarat Majlis Penuh PBT.

Media Baharu