fb fb fb fb fb

Majlis Belia Negeri Perlis anjur Program Ziarah Tahun Baharu Cina

FOTO RTM

KANGAR, 29 Januari- Sebanyak 10 keluarga Tiong Hua di Taman Perumahan Behor Lateh, Kayang disantuni menerusi Program Ziarah Tahun Baharu Cina.

Kesemua mereka ketika ini sedang membuat persiapan bagi menyambut Tahun Baharu Cina minggu depan, menerima sumbangan limau mandarin.

Menurut Presiden Majlis Belia Negeri Perlis, Mohd Jeffry Hassan, Tahun Baharu Cina tahun ini diharap membawa kemajuan dan keharmonian kepada seluruh lapisan masyarakat.

Perayaan itu bukan sahaja disambut dengan penuh kesyukuran tetapi menjadi hari penting untuk diraikan bersama keluarga serta jiran tertangga  pelbagai kaum dan agama di seluruh Perlis.

Menerusi pelbagai perayaan, perpaduan dan kesatuan antara rakyat terus diperkukuhkan yang memanfaatkan semua kaum dari segi memupuk keharmonian, keamanan dan perpaduan  meraikan setiap perayaan dalam keadaan aman dan damai. 

Program, dianjurkan Majlis Belia Negeri Perlis dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Perumahan Behor Lateh.

Bersempena Tahun Baharu Cina, setiap keluarga yang merayakan bukan sahaja diziarahi masyarakat Tiong Hua, namun dengan hubungan erat dan semangat perpaduan memperlihatkan kaum lain juga turut bersama-sama memeriahkan sambutan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE