fb fb fb fb fb

Majikan tidak boleh potong gaji sewenang-wenangnya - Steven

Steven Sim Chee Keong

PUTRAJAYA, 22 Februari- Kementerian Sumber Manusia menegaskan bahawa majikan tidak boleh memotong gaji seorang pekerja dengan sewenang-wenangnya tanpa alasan.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata, sekiranya pekerja terbabit mempunyai isu disiplin, ia perlu ditangani secara dalaman mengikut tatacara yang dibenarkan.

"Saya telah tegaskan bahawa majikan tidak boleh memotong gaji seorang pekerja mengikut Seksyen 24 Akta Kerja 1955 kecuali potongan yang dibenarkan contohnya untuk KWSP dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

"Untuk cukai pendapatan, ini adalah yang dibenarkan dalam akta yang jelas apa yang dibenarkan. Selain daripada itu majikan tidak boleh potong gaji tidak kira syarikat besar atau kecil tidak boleh memotong gaji melainkan ia diperuntukkan oleh akta pekerjaan," katanya selepas Program Kesuma Madani Tahun Baru Cina di sini.

Bagaimanapun meminta orang ramai membuat laporan rasmi sekiranya terdapat maklumat tentang pelanggaran akta kerja.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI