PETALING JAYA, 8 Disember- Majikan perlu melakukan anjakan paradigma dalam pembayaran gaji yang lebih tinggi untuk kemahiran dan pelaburan yang produktiviti.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong mencadangkan majikan di Malaysia perlu bekerjasama bagi mencapai matlamat yang sama.
"Kerajaan berhasrat meningkatkan gaji secara berperingkat. Dalam NIMP 2030 (Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030), salah satu objektif adalah untuk wujudkan suasana, di mana gaji pertengah untuk perkilangan pada 2030 akan sampai tahap RM4,510.
"(Ketika ini) 50 peratus rakyat Malaysia yang bekerja dan dapat gaji ditahap itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rehda Institute’s CEO Series 2023 di sini.
Tambah Liew, negara mempunyai tenaga kerja yang sesuai dan berkeupayaan untuk mencapai tahap produktiviti sama seperti Singapura.