fb fb fb fb fb

Majikan digesa hantar pekerja jalani latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

ALOR SETAR, 31 Julai- Majikan semua sektor digesa menghantar pekerja menjalani latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Perkara tersebut bagi memastikan pekerja sentiasa peka aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata, ia selaras hasrat kerajaan membentuk 'Budaya Kerja Selamat dan Sihat' di bawah Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025.

"Semua sektor, semua industri memerlukan pekerja-pekerja mereka dijaga dari segi keselamatan dan juga kesihatan itu penting. Itu merupakan tanggungjawab kepada majikan.

"Bagi sektor tertentu keperluannya lebih tinggi sebab sektor itu memang kita tahu tugas ataupun kerja-kerja yang dijalankan oleh pekerja itu memang bahaya. contohnya bila mereka turun ke lapangan dan sebagainya, memang bahaya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat NIOSH Wilayah Utara di sini.

(V. Sivakumar)

Media Baharu