fb fb fb fb fb

MAIWP, PPZ sasar RM1 bilion kutipan zakat

Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 16 Disember- Usaha mengajak umat Islam dan syarikat-syarikat korporat menunaikan zakat akan terus diperhebat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar.

Mohd Na'm berkata, MAIWP dan PPZ mensasarkan RM1 billion kutipan zakat bagi tahun ini. 

"MAIWP berbangga dengan jumlah kutipan zakat yang diterima, namun sekiranya ia melibatkan suatu nilai yang besar lebih ramai asnaf akan dapat dibantu," katanya kepada media ketika menyampaikan bantuan kepada tiga buah keluarga dalam program Ziarah Asnaf siri ke-5 di Kampung Sungai Penchala, di ibu negara.

Mohd Na'im turut menyeru umat Islam dan syarikat-syarikat korporat untuk melaksanakan kewajipan tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI