fb fb fb fb fb

MAIWP beri sumbangan antara RM3,000-RM10,000 kepada asnaf yang berkahwin tahun ini

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbangkan antara RM3,000 hingga RM10,000 kepada golongan asnaf di wilayah berkenaan, yang ingin berkahwin pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata selain meringankan beban, insentif tersebut sebagai langkah untuk mengurangkan pelbagai masalah sosial dan ia selaras dengan Pelan Transformasi Al-Falah yang menekankan aspek pembentukan keluarga sakinah dan mawaddah.

"MAIWP akan menyumbang sebanyak antara RM3,000 hingga RM5,000 kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan untuk seorang. Sekiranya, kedua-duanya dari Wilayah Persekutuan, maka mereka layak untuk dapat sumbangan bernilai RM10,000."

"Jadi, ini adalah insentif yang diberi oleh MAIWP dan JAWI. Kepada golongan asnaf khususnya mereka dalam kalangan belia, yang ada hasrat untuk berkahwin, ambil peluang ini," kata Dr. Na
im kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Akad Nikah Rahmah 2024 berkonsepkan Royal Floral Moroccan melibatkan 10 paşangan terpilih bersempena Sambutan 50 tahun Jubli Emas JAWI di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasangan diraikan dalam jamuan makan percuma untuk 700 tetamu, dekorasi pelamin, sepersalinan busana pengantin, sebentuk cincin emas dan hadiah iringan set telekung, sejadah dan senaskhah al-quran disumbangkan oleh rakan strategik iaitu Persatuan Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA), Azra Gold & Diamonds, JAKEL Holding dan Dazzling Ummah. 

Terdahulu, beliau telah menikahkan salah seorang paşangan iaitu Encik Muhamad Adnan Abdullah, 52 tahun dan pasangannya, Siti Mardiyah Mansur.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM