fb fb fb fb fb

MAIPS peruntuk lebih RM300,000 untuk Program Rezeki Subuh

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

ARAU, 30 Januari- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM334,000 untuk pelaksanaan Program Rezeki Subuh selama 40 hari bermula 1 Februari ini.

Menerusi program itu, kira-kira RM3.00 akan diberikan kepada kanak-kanak setiap kali hadir menunaikan solat subuh secara berjemaah di 101 buah masjid seluruh Perlis dalam tempoh berkenaan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs bertitah, program itu bertujuan untuk memberi galakan kepada kanak-kanak bawah 12 tahun untuk hadir menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Keputusan untuk pelaksanaan program itu diperolehi dalam Persidangan MAIPs di Bilik Senat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra.

Bersempena persidangan berkenaan, baginda turut berkenan melancarkan Program Rezeki Subuh.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI