fb fb fb fb fb

Mahkamah tolak permohonan injunksi sementara Mohd Azizi henti PRK DUN Nenggiri

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan injunksi sementara penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi menghentikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) daripada mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.

Keputusan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain selepas mendapati Mohd Azizi tidak mengalami sebarang kemudaratan yang tidak boleh diperbaiki kerana beliau boleh menyertai pilihan raya kecil itu.

Menurut Peguam mewakili Bersatu, Chetan Jethwani, dengan keputusan itu, SPR boleh memulakan persiapan menghadapi PRK.

Tambahnya, mahkamah turut memerintah Mohd Azizi membayar kos sebanyak RM7,000 kepada setiap defendan.

Permohonan injunksi penuh akan di dengar pada 28 Ogos nanti.

Pada 24 Jun lalu, Mohd Azizi mengemukakan saman pemula bagi menghentikan SPR daripada mengadakan pilihan raya di kawasan DUN berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE