fb fb fb fb fb

Mahkamah benar Muhyiddin ke Thailand

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara untuk ke Bangkok, Thailand.

Permohonan itu dibuat bagi membolehkannya menghadiri acara pembukaan restoran masakan Thai milik rakannya, pada 15 Februari ini.

Hakim Azura Alwi membenarkan pasport dipulangkan sementara kepada bekas perdana menteri itu bermula hari ini hingga 23 Februari depan.

Hakim Azura Alwi berkata mahkamah mendapati meskipun pemohon dikenakan sekatan, jaminan dan syarat jaminan tetapi tidak wajar dihalang daripada menjalani kehidupan dan tanggungjawabnya seperti biasa selagi mana beliau tidak disabitkan dan didapati bersalah bagi pertuduhan yang dihadapinya.

Selain itu, mahkamah juga mendapati tiada bukti pemohon mempunyai risiko untuk melarikan diri.

Presiden BERSATU itu memfailkan permohonan pelepasan sementara pasport pada 31 Januari lalu, antaranya bertujuan menghadiri majis pembukaan restoran masakan Thailand milik rakan rapatnya yang juga warga Malaysia.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM