fb fb fb fb fb

MAHA: Kerbau bersaiz gergasi di Laman Agro-Food Ternakan

Antara aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung MAHA/Foto BERNAMA

SERDANG, 19 September - Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan kepada pengunjung di Laman Agro-Food Ternakan bersempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS, Serdang.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Dr. Akma Ngah Hamid berkata antaranya ialah pameran haiwan ternakan yang menjadi tarikan pengunjung kanak-kanak dan dewasa.

"MAHA kali ini kami membawa dua jenis ternakan iaitu ternakan ruminan yang melibatkan kerbau, lembu, kambing dan biri-biri serta bukan ruminan seperti ayam dan itik.

"Jadi pengunjung berpeluang melihat ternakan-ternakan bersaiz besar seperti lembu dan kerbau daripada pelbagai jenis dan baka," katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini hari ini.

Sehingga 17 September lalu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir di laman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Trainee