fb fb fb fb fb

Maahad Al Quran di Jitra terbakar

Foto JBPM Jitra

JITRA, 22 April - Asrama dan bilik guru Maahad Al Quran Maahad Abdullah Al Arifin, di sini musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku petang tadi.

Bagaimanapun, kebakaran hanya melibatkan kerosakan harta benda dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Talian Mers 999 kira-kira pukul 2.44 petang.

"Beberapa buah jentera dari Balai Bomba dan Penyalamat Jitra dan Bukit Kayu Hitam diarah ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 15 minit kemudian," katanya.
 
Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Padang Sera turut diminta ke lokasi kebakaran bagi membantu operasi memadam kebakaran.
 
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, kebakaran melibatkan struktur bangunan kelas A yang menempatkan asrama dan bilik guru.
 
Kebakaran menyebabkan 70 peratus struktur bangunan musnah.
 
Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
 

TETITIA YUSOFF