fb fb fb fb fb

LZS sasar RM167 zakat perniagaan untuk tahun ini

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini

SHAH ALAM, 20 Disember - Lembaga Zakat Selangor (LZS) opitimis capai sasaran kutipan zakat perniagaan sebanyak RM167 juta untuk tahun ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, hingga November lalu pihaknya berjaya mengutip zakat perniagaan hingga RM116 juta dan ia merupakan antara penyumbang utama bagi LZS di negeri Selangor.

"Untuk zakat perniagaan tahun ini disasarkan adalah RM167 juta, jadi kami mengharapkan kalau dapat mencapai lebih daripada sasaran Insya-Allah. Berdasarkan anggaran umum kami dan usaha yang dilaksanakan sebelum ini, kami sangat optimis kami boleh mencapai sasaran.

"Bagaimanapun kami akan meneruskan usaha untuk mencapai lebih dari sasaran. Dilihat daripada segi jenis perusahaan, pembayar zakat perniagaan bermula dari sekecil-kecil penjaja tepi jalan, pemilikan persidangan, syarikat sendirian berhad, anak syarikat kerajaan negeri (GLC) malah peniaga dalam talian turut membayar zakat perniagaan," kata Mohd Sabirin kepada pemberita selepas majlis Iktiraf  Muzakki dan Penyerahan Zakat (IMTIYAZ), di sini. 

Hingga November 2023, seramai 328,000 pengeluar zakat di Selangor termasuk dalam kalangan pembayar individu serta syarikat-syarikat korporat telah menunaikan zakat dengan kutipan keseluruhan berjumlah kira-kira RM791 juta.

Pada majlis itu, LZS menerima zakat perniagaan daripada 35 syarikat yang berjumlah RM19.6 juta.

LZS turut menyampaikan pelbagai jenis bantuan zakat dengan jumlah keseluruhan RM51 juta.

TETITIA YUSOFF