PETALING JAYA, 17 Disember- Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan luruan monsun berlaku sehingga 22 Disember 2024, berdasarkan analisis model-model cuaca terkini.
METMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung, Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan dalam tempoh berkenaan.
Sehubungan itu, METMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) yang melibatkan timur Semenanjung berkuat kuasa sehingga 19 Disember 2024.
Manakala, amaran hujan berterusan (waspada) di Johor, Sarawak dan Sabah berkuat kuasa pada 19 hingga 22 Disember 2024.
Selain itu, orang awam juga dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.