fb fb fb fb fb

Lumba Perahu Naga ke-37 di Tawau simbolik perpaduan masyarakat

Perlumbaan Perahu Naga ke-37 di Tawau semalam

TAWAU, 3 Jun - Pertandingan lumba Perahu Naga merupakan simbolik perpaduan dan kekuatan yang menghimpunkan rakyat pelbagai kaum seluruh negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, acara yang diperkenalkan sejak 37 tahun itu bukan sahaja disertai masyarakat Tionghua malah kaum lain turut pengambil bahagian dalam perlumbaan tersebut.

"Ia jelas membuktikan penglibatan pelbagai kaum dalam satu pasukan memperlihat perpaduan yang perlu dibentuk dalam mencapai satu misi, iaitu kemenangan.

"Justeru, perpaduan seumpama juga perlu dikekalkan demi kestabilan dan kemakmuran negeri," katanya.

Datuk Hajiji menyatakan demikian selepas merasmikan perlumbaan perahu naga ke-37 di sini, pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Persatuan-Persatua Cina Tawau, Voo Tshin Nyen berkata, acara itu bukan sahaja dapat memelihara warisan bangsa malah memperkasa industri pelancongan berasaskan komuniti.

"Budaya kami dengan kelibatan persatuan pelbagai kaum, kami harap kerajaan memberi sokongan lebih kepada aktiviti budaya untuk memperkukuhkan harmoni masyarakat," katanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN