fb fb fb fb fb

Lulus nikah di Siam : Pegawai JAIPs, imam dan anak direman lima hari

Ketiga-tiga suspek diiring pegawai SPRM ketika meninggalkan mahkamah

KANGAR, 5 Jun- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM perlis menahan tiga individu terdiri daripada seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis JAIPs dan dua orang awam iaitu seorang imam masjid serta anaknya yang juga merupakan pemilik agensi pengendali pernikahan di Thailand.

Imam dan anaknya disyaki memberi wang sogokan melebih RM1 juta dari April 2022 hingga Jun 2023 bagi memudahkan urusan pendaftaran semula pasangan yang berkhawin di luar negeri.

Menurut sumber SPRM pegawai JAIPs berusia 45 tahun merupakan ketua penolong pengarah yang bertanggungjawab menguruskan kelulusan pendaftaran perkahwinan di luar negeri.

Suspek ditahan di pejabatnya petang semalam.

Manakala dua lagi suspek ditahan di pejabat SPRM Perlis lewat petang semalam.

Suspek kedua, imam berusia 52 tahun merupakan bapa kepada suspek ketiga berusia 25 tahun yang juga pemilik ABM SUCCES EMPIRE, agensi pengendali perkhawinan di Thailand.

Kedua-dua suspek disyaki membayar sekitar RM2,000 bagi setiap pasangan kepada suspek pertama bagi memudahkan urusan pendafataran perkahwinan tanpa mengikut prosuder yang sepatutnya.

Penahanan ketiga-tiga suspek ini disahkan pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab Ghani.

Kesemua suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE