(Foto fail)
GUA MUSANG, 30 Julai- Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi jaminan tiada pembinaan secara maksimum di Lingkaran Tengah Utama (LTU) menjelang hari pengundian Pilhan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke-15) pada 12 Ogos depan.
Timbalannya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, usaha itu bagi mengelakkan kesesakan teruk ketika pengundi perantau pulang menunaikan tanggungjawab mereka.
"Saya pecaya anak perantau akan balik pada 11 haribulan (Ogos). Kalau ada kerja-kerja yang melibatkan atas jalan, kita akan nasihatkan supaya alih sedikit kerja tersebut. Kita tidak mahu trafik terganggu. Saya pasti polis juga akan memberi kerjasama," katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke projek LTU di Chiku 3, di sini.
Mengenai projek berkenaan, KKR mengambil maklum akan rungutan penduduk mengenai kesesakan jalan dan akan cuba menyelesaikan projek tersebut sebaik mungkin.
LTU dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026.
(Abdul Rahman Mohamad)