fb fb fb fb fb

LRA Kodiang Fasa 1 akan dibina di Kubang Pasu

Foto hiasan

KODIANG, 2 September- Loji Rawatan Air (LRA) Kodiang Fasa 1 bakal dibina di Daerah Kubang Pasu, Kedah untuk mengimbangi jumlah permintaan air terawat daripada sektor industri di negeri itu khususnya kawasan Pembangunan DELAPAN dan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) di Bukit Kayu Hitam.
 
Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam satu kenyataan memaklumkan, projek berkenaan secara dasar, projek tersebut telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan semua pihak terlibat.
 
"Pembiayaan bagi projek ini akan dilakukan secara pinjaman daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan dijangka akan siap pembinaannya pada tahun 2030 dan ia dipersetujui dalam mesyuarat bersama Kementerian Kewangan Malaysia pada 20 Mei lalu.
 
"SADA berharap agar pembinaan projek ini berjalan seperti yang dirancang sekali gus dapat memberi impak positif kepada ekonomi Negeri Kedah melalui sektor industri dan pelaburan," katanya.
 
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Radzuan Osman serta Pegawai Kanan SADA telah membuat lawatan ke tapak cadangan projek pembinaan LRA Kodiang Fasa 1 di daerah Kubang Pasu.
 
Beliau dan delegasi SADA turut diberi taklimat oleh Jabatan Pembangunan / R&D SADA berkenaan aspek utama yang perlu diberi perhatian termasuk skop projek, anggaran kos, proses pengambilan tanah dan statistik bekalan air loji tersebut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI