fb fb fb fb fb

LPF bukan entiti sekat kreativiti penggiat filem - Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail / Foto Bernama

PUTRAJAYA, 20 Mei - Lembaga Penapisan Filem (LPF) agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bukanlah entiti yang menyekat kreativiti sesebuah karya yang dihasilkan

Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia adalah untuk memastikan setiap tayangan di dalam negara ini mengikut Akta Penapisan Filem 2002.

"LPF dikaca mata pengiat industri jangan dilihat sebagai satu entiti yang meyekat satu kreativiti dalam berkarya dan kalau kita tengok dari segi angka, filem yang dihantar permohonan untuk tapisan itu mececah lebih 11,000 daripada pelabgai katergori.

"Itu menunjukkan bagaimana industri sebenar menerima baik peranan LPF dan garis panduan baharu ini pun dihasilkan daripada sesi libat urus yang berterusan dengan semua pemengang taruh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Garis Panduan Penapisan Filem (GPPF) dan Klasifikasi Filem Baharu, di sini.

Tambah Saifuddin, GPPF baharu yang diperkenalkan adalah suatu yang ditambah baik berdasarkan garis panduan terdahulu dengan mengutamakan tiga teras iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.

Ini bertujuan bagi membantu penggiat seni dan pembikin filem dari segi kemahiran, kreativiti dan daya fikir mereka.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN