fb fb fb fb fb

Lori kontena rempuh pondok kawalan, anggota polis cedera

(Kemalangan melibatkan sebuah lori kontena yang melanggar pagar dan pondok polis IPD Tapah/ JBPM Perak)

TAPAH, 28 Jun- Seorang anggota polis yang bertugas di pondok kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah cedera ringan selepas pagar dan pondok kawalan berkenaan dilanggar sebuah lori kontena, awal hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 1.20 pagi.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bergegas ke lokasi kejadian.

Mereka mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena melanggar pagar dan pondok polis IPD Tapah menyebabkan seorang mangsa iaitu anggota polis yang sedang bertugas di pondok kawalan itu cedera ringan.


(FOTO JBPM Perak)

"Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Zulkaply Hamad tamat jam 1.49 pagi.
 

Media Baharu