fb fb fb fb fb

Lori elak motorsikal rempuh kereta, wanita maut

POLIS MAUT SIDAM-KEDAH

SUNGAI PETANI, 23 Mei- Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah lori kontena di Jalan Sidam Kiri, dekat sini, Kedah, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, seorang lagi rakan sebaya mangsa berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail dalam kenyataan berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan mangsa dari arah Sungai Petani ke Kulim, manakala lori tersebut dari arah bertentangan.

Ketika tiba di lokasi kejadian, lori terbabit mendakwa cuba mengelak sebuah motosikal dihadapannya sebelum terbabas dan merempuh kereta yang dipandu mangsa.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, masing-masing untuk proses bedah siasat dan rawatan lanjut.

Wan Azharuddin berkata, anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan penyelamat untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kereta berkenaan.

Sementara itu, pemandu lori berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Hasil ujian air kencing mendapati pemandu lori positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Kes tersebut disiasat bawah Sekysen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya dan Sekysen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

aidan